Ok. Let's start with these two places yg still fresh in my mind lagi. Trip ni we all buat during last Raya. Actually mula mula plan aku, my mom and my son aje yg akan pergi naik flight. Flight apa lagi except for...Now Everyone Can Fly
Tetiba dalam dok berdentum dentam dalam group Whatsapp family cerita itu ini, last last my abang long and adik lang nak follow. Tapi diorang nak drive sebab gerabak panjang and katanya more happening kalau drive from KL to Krabi..boleh tengok tengok scenery gitu. Burned habis duit flight aku yg dah booking awal awal. Tambahan lagi siapalah yg akan jadi journey planner and map reader kalau tak Aku ni. Dah memang tugas tetap pun everytime family holiday mana mana.
Anyway, we all bertolak after Raya sini situ kejap around 2pm from KL. 2 kereta yg penuh sarat. Malam tu overnight kat S.Petani sebab no way boleh diteruskan perjalanan. Ok gaklah bilik dia besar and yg penting baru and dengan exit highway. Promo sikit hotel tu kat sini.
Ok esok pagi kononnya nak bertolak awal awal tapi ada plak drama family yg sungguh memeningkan kepala jadi kat depan hotel yang menyebabkan last last kami gerak dekat pukul 11 menuju ke Changloon. We all arrived Changloon dalam pukul 1 camtu la pergi stop buat insurance kereta and isi departure card. Cost insurance is RM20 utk satu kereta for one week punya validity. Sebab malas nak isi card departure we all upah budak insurance tu buat kan terus. Satu passport 1rm dia charge. FYI Kedai buat insurance ni bersepah sepah kat area Changloon so bila dah sampai area tu just buntangkan mata dan tengok sebelah kiri OK. Mesti tak miss punya lah.
Untuk info gak nak masuk border Siam ikut Utara ni ada banyak jalan..Bkt kayu hitam, Padang Besar and Wan Kelian. Yang famous is Bkt kayu hitam. Wan Kelian is supposed to be a shorter route. Kononnya boleh cut journey shorter by one hour. Haaaaa....nanti aku akan comment jalan mana aku prefer by the end of this cerita sebab we all masuk Thai ikut Wan Kelian and keluar ikut Bkt Kayu Hitam.
Jalan on the way to Wang Kelian. Penuh ladang tebu, hutan, bukit tapi cantik pemandangan. Jangan risau sesat sebab banyak signage. Just hala ke Padang Besar aje dulu dari highway Plus yea kekawan.
We all sampai border dalam pukul 2.30 camtu. Border Wang Kelian ni walaupun kecik tapi memang la tak user friendly betul untuk first timer. Memang meraban la korang nak fikir nak pergi mana dulu itu ini. Ok baca baik baik:
1) Drive thru kereta dengan penumpang masuk bawah bumbung n stop kat last tingkap untuk stamp departure by Immigration Malaysia. Time ni takyah turun kereta.
2) Lepas dah stamped n dapat balik passport sila drive n park kereta kat sebelah kiri jalan. Mana mana kosong tu park aje. Kali ni semua kena turun kereta yea sebab immigration Thai nak ambik gambar korang masa bagi passport. Oh jangan lupa selitkan 2Rm dalam each passport. Kenapa? Jangan di tanya sebab it seems dah jadi amalan orang Malaysia nak masuk Thai diorang akan isi duit kopi sekali. Aku tak tahulah plak kalau tak selit duit tu apa diorang akan buat yea sebab we all semua selit kan duit and takde satu soalan pun ditanya. Senyum aje mamat immi Thai tu n all smooth sailing.
3) Lepas stamped Thai immigration penumpang boleh balik kat kereta ok. Driver/owner kereta sila ke pintu tengah di bangunan yg sama untuk serahkan insurance yg buat kat Changloon tadi n tunggu they all bagi satu copy balik. Kat sini lagi satu benda kurang asam jadi..mamat Thai tu plak mintak 10rm untuk satu kereta. Buat duit kopi diorang plak... Bagi ajelah nak buat camne kan.
Settled semua di atas adalah kot dekat sejam lebih jugak sebab trailer panjang kan.. then Yipee!!! Bolehlah kitorang teruskan perjalanan memasuki Thai dengan perasaan yang sungguh teruja. Excited giler rasanya time tu!
Gambar atas is Immigration side Malaysia. Drive thru aje yea. Takyah turun. Gambar bawah ni immigration side Thai. Yg bawah ni semua kena turun n beratur side makcik baju oren tu ok untuk di stamp passport entry into Thai. Lepas stamped passport driver sila berjalan celah kereta yg nampak tu n masuk pintu kat situ untuk urusan custom Thai for taking our car into Thailand.
Selesai urusan border! Checklist untuk bawak kereta:
a) Geran asal/copy kereta untuk buat insurance masuk Thai. Kalau bukan owner yg bawak kereta tu takpe kedai insurance boleh buatkan surat tapi make sure ada salinan geran.
b) eh itu ajela Yg perlu bawak. Hehee..sorry.
c) Isi minyak penuh penuh masa sampai kat area Padang Besar yea sebab minyak kat Thai ni masyallah...double harga minyak seliter dia!
d) Make sure set Google map awal awal dari malaysia dlm handphone aje. Setkan from Wang Prachan Border to Krabi punya route. Masuk Thai dah takde internet unless korang roaming la yea n tunggu bil datang hujung bulan. Route dia nanti rupa cam ni..masuk aje Thai terus off 3g data then on aje Maps. Follow route yg dah awal awal disetkan dalam hp tu ok. Tak sesat punya. Insyallah...
Oh lagi satu better la tukar duit awal awal yea sebab kat Wang Kelian ni takde money changer. We all hari tu pun meraban tukar duit kat makcik yg niaga kat situ. Trip tergempar la katakan...Macam ni la jadinya.
Ok la nanti sambung lagi yea. Dah penat la plak. Bye for now!
No comments:
Post a Comment